Search This Blog

Wednesday 31 October 2012

BIDAYUH1



BIDAYUH

Nama "Bidayuh" ertinya ‘inhabitants of land’. Bidayuh yang juga dikenali sebagai "Dayak Darat" manakala Iban dipanggil "Dayak Laut". Kami menjadi salah satu kumpulan utama bumiputera di Sarawak dan tinggal di bandar-bandar dan kampung-kampung sekitar bandaraya Kuching dan Samarahan di negeri Sarawak. bidayuh juga didapati di wilayah Kalimantan Barat,Indonesia. Kami adalah Dayak kedua terbesar kumpulan etnik di Sarawak selepas kaum Iban. Bidayuh hari ini telah banyak menganuti agama Kristian dari agama lama (Adat OMA). Zaman dahulu,kampung Bidayuh telah dipertahankan dengan baik oleh kayu dan buluh tajam.Selain itu, kampung-kampung juga sering dibina dan terletak sama ada di bukit-puncak atau bahu bukit / gunung yang menjadikan sukar bagi musuh untuk mengesan dan menyerang.Tapi sekarang selaras dengan arus pembangunan pesat globalisasi,kebanyakkan rumah panjang bidayuh telah digantikan dengan rumah individu dan tak kurang juga yang berhijrah dan menetap di kawasan bandar.

BAHASA / LANGUAGES

Dari segi bahasa pula, bidayuh secara amnya terbahagi kepada 4 kumpulan lingustik utama(Biatah; Singai-Jagoi; Bukar-Sadong;salako).tetapi kebanyakan bercakap dalam dialek sendiri seperti:-
1.Bidayuh  Lundu bercakap Jagoi, Salako & lara
2. Biadayuh Bau seperti Bratak, Singai, Krokong dan Jagoi bercakap Singai-Jagoi
3. Kawasan sekitar Siburan bercakap Biatah
4. Bidayuh yang tinggal di sekitar Serian seperti Tebakang, Mongkos, Tebedu ke Tanjung Amo berhampiran sempadan Kalimantan Indonesia bercakap Bukar-Sadong.
5. Bidayuh di Padawan dan siburan bercakap dialek beberapa tetapi berkaitan seperti Bi-anah, Pinyawa, Braang, Bia ', Bisepug & Emperoh / Bipuruh.
Kesemua dialek diatas  saling berbeza menyebabkan bahasa pengantar adalah bahasa Malaysia/inggeris/bahasa melayu sarawak.

ALAT MUSIC TRADISIONAL / MUSICAL HERITAGE INSTRUMENT

Kaum Bidayuh mempunyai alat music tradisional yang sangat popular terdiri daripada berbagai jenis gong dalam bahasa bidayuh “agung” samada yang digantung atau yang diletakkan atas lantai.  Pelbagai jenis gong ini akan mengeluarkan bunyi yang berbeza mengikut jenis dan boleh menghasilkan satu jenis  music yang mendayukan apabila dimainkan bersama tanpa campuran bunyi alat music moden seperti gitar,piano dan sebagainya.

Setakat ini dulu untuk kali ini...nantikan sambungan dalam BIDAYUH2...... hehehehhee

KEUNIKAN BAHASA BIDAYUH

INFO: KEUNIKAN BAHASA BIDAYUH
 
Bahasa Bidayuh agak unik berbanding bahasa lain yang terdapat di Sarawak. Hal ini kerana patah perkataan dalam bahasa Bidayuh tidak diambil daripada dialek lain. Pada masa kini, bahasa Bidayuh berpecah kepada empat dialek iaitu Salako-Lara, Jagoi, Biatah dan Bukar-Sadong. Keunikan ini adalah berdasarkan sebutan, pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Laz

imnya bahasa Bidayuh akan berubah intonasi mengikut kampung dan daerah tertentu. Ini menyebabkan suku kaum Bidayuh sukar untuk berkomunikasi antara satu sama lain sekiranya mereka dari suku dan daerah yang berlainan.

Pada masa dahulu, Bidayuh di Kalimantan Barat hanya berkomunikasi dengan satu bahasa sahaja. Selepas mereka bermigrasi ke kawasan baru, mereka sukar bercampur antara satu sama lain disebabkan aktiviti pemburuan kepala. Hal ini menyebabkan mereka memperkenalkan beberapa perkataan baru. Intonasi dialek mereka juga berubah. Proses ini mengambil masa yang lama (Chang, 2004; Peter Minos, 2000).

“The Bidayuhs must continue to be naturally happy and proud of their dialects and language. If the Bidayuhs feel shy or ashamed in using their own dialects, then such dialects will face a natural death”. (Peter Minos, 2000: 126)